Anggota polis dicekup seludup kulit harimau bintang

Sebanyak empat kulit harimau bintang turut dirampas oleh pihak berkuasa India dalam serbuan di pekan Geedam semalam.
Sebanyak empat kulit harimau bintang turut dirampas oleh pihak berkuasa India dalam serbuan di pekan Geedam semalam.
A
A
A

DANTEWADA - Pihak berkuasa India semalam menahan tujuh lelaki termasuk dua anggota polis di negeri Chhattisgargh kerana terbabit dalam sindiket penyeludupan hidupan liar.

Serbuan di pekan Geedam, kira-kira 75 kilometer dari Jagdalpur itu dilakukan selepas Jabatan Perhilitan menerima maklumat daripada renjer hutan.

Dalam serbuan itu, agensi terbabit merampas empat kulit harimau bintang, tiga buah motosikal, sebuah telefon bimbit dan sebilah pisau.

"Kesemua suspek bakal dihadapkan ke muka pengadilan. Kes telah didaftarkan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar," kata jurucakap agensi itu, Satish Gurla.- Agensi

Artikel Berkaitan: