Lelaki buang helaian al-Quran ditahan

Cebisan kertas ayat al-Quran yang ditemui
Cebisan kertas ayat al-Quran yang ditemui
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membuang helaian dan cebisan al-Quran di Jalan Besar Palong dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan susulan tiga laporan polis diterima berhubung kejadian terbabit.

"Pada jam 8.30 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol telah menerima satu laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan melihat seorang lelaki menaiki motosikal melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang telah dikoyakkan di tepi Jalan Besar Palong.

"Polis turut menerima dua lagi laporan menjumpai helaian al-Quran dan senaskhah al-Quran di atas Jalan Besar Palong," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, suspek telah ditahan bersama senaskhah al-Quran dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian terbabit.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan turut mempunyai dua rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan

"Permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video serta gambar di media sosial berkaitan kejadian,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Chang Hook berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A dan 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Tambahnya, hukuman di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.