Penunggang, pembonceng motosikal cedera langgar pokok tumbang

Seorang lelaki cedera di bahagian kepala apabila motosikal dinaiki melanggar pokok tumbang di Kampung Derang, Pokok Sena pada Ahad.
Seorang lelaki cedera di bahagian kepala apabila motosikal dinaiki melanggar pokok tumbang di Kampung Derang, Pokok Sena pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua individu cedera di bahagian kepala akibat motosikal dinaiki mereka terlanggar pokok tumbang di Kampung Derang, Pokok Sena di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi Bakar Saad berkata, Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan kira-kira 6.31 pagi melalui MERS999 bahawa terdapat mangsa terperangkap di bawah pokok tumbang.

"Sehubungan itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan sebuah jentera BBP Pokok Sena disertai enam anggota ke lokasi kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi melaporkan sebatang pokok telah tumbang hingga menyebabkan seorang lelaki dan seorang wanita terperangkap," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar pokok tumbang.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan penunggang dan pembonceng motosikal itu dilakukan dengan peralatan penyelamatan.

"Mangsa kemudian berjaya distabilkan dan seterusnya dibawa ke hospital menggunakan ambulans," katanya.

Artikel Berkaitan: