Jordan ikat Korea Selatan

Antara aksi pemain Jordan dan Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E pada Sabtu. Foto AFP
Antara aksi pemain Jordan dan Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E pada Sabtu. Foto AFP
A
A
A

KOREA Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Jordan dalam aksi Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Thumama, pada Sabtu.

Sehari selepas Iraq menewaskan pasukan pilihan kejohanan Jepun, Jordan kelihatan bakal mencipta kemenangan sensasi di Doha selepas gol sendiri Park Yong-woo dan jaringan Yazan Al-Naimat pada separuh masa pertama membatalkan sepakan penalti Son Heung-min pada minit kesembilan.

Tetapi, Yazan Al-Arab tertolak masuk bola ke gawangnya sendiri pada masa kecederaan penghujung permainan untuk membolehkan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Pasukan Korea kendalian Jurgen Klinsmann menewaskan Bahrain 3-1 dalam perlawanan pembukaan mereka dan akan menentang Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan pada Khamis.

Kelayakan ke pusingan 16 terakhir masih terbuka begitu juga dengan Jordan, yang menewaskan Malaysia 4-0 dan akan menentang Bahrain pada hari yang sama.

Klinsmann terpaksa melakukan satu pertukaran daripada perlawanan pembukaan menentang Bahrain dengan membawa masuk penjaga gol Jo Hyeon-woo untuk Kim Seung-gyu.

Kim mengalami koyak 'ligamen anterior cruciate' di lutut kanannya semasa sesi latihan dan telah diketepikan daripada baki kejohanan.

Artikel Berkaitan: