PM beri kata semangat kepada Harimau Malaya

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pasukan Harimau Malaya bangkit dalam misi mencari kemenangan.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pasukan Harimau Malaya bangkit dalam misi mencari kemenangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri memberi kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang turun beraksi menentang Bahrain pada perlawanan kedua Kumpulan E bagi Piala Asia 2023 jam 10.30 malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pasukan Harimau Malaya bangkit dalam misi mencari kemenangan.

“Perlawanan kedua hari ini. Bangkitlah Harimau Malaya, dukungan rakyat sentiasa bersama kalian. Ayuh semua!” katanya pada Sabtu.

Malaysia mencari kemenangan sulung selepas tewas kepada Jordan 0-4 pada perlawanan pertama kumpulan.

Pertembungan malam ini dijangka sengit memandangkan kedua-dua pasukan mencari tiga mata penting bagi menghidupkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

Artikel Berkaitan: