Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir ketika berangkat pada Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang Dipertuan Agong Ke-16 di Istana Negara pada Sabtu. Turut kelihatan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan). Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini, pada Sabtu.

Turut berangkat menghadiri majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu dihadiri 2,500 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Al-Sultan Abdullah (dua dari kiri) berkenan berswafoto bersama rakyat jelata. Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah (dua dari kiri) berkenan berswafoto bersama rakyat jelata. Foto Bernama

Turut hadir, tiga bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis bersempena tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini turut dimeriahkan dengan persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad dari Melaka.

Pasangan Diraja itu turut meluangkan masa hampir satu jam bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan dalam majlis itu.

Artikel Berkaitan:

Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bergambar bersama para tetamu. Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bergambar bersama para tetamu. Foto Bernama

Acara lain yang akan berlangsung sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda termasuk Majlis Jamuan Negara yang dijadualkan pada 27 Januari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini. - Bernama