'TikToker' nyaris maut akibat makan serangga


Nicolette dimasukkan ke hospital di Bangkok selepas memakan serangga goreng di pasar malam. Foto Agensi
Nicolette dimasukkan ke hospital di Bangkok selepas memakan serangga goreng di pasar malam. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK- Seorang pempengaruh TikTok atau TikToker dari Singapura nyaris maut selepas mengalami keracunan akibat memakan serangga yang dibelinya di pasar malam di tengah-tengah Bangkok, Thailand.

Dalam video berdurasi 30 saat, Nicolette Wee dilihat seronok semasa membeli sebungkus belalang goreng dari peniaga di pasar malam itu.

"Belalang ini sangat gemuk dan berjus selain kakinya kelihatan ranggup. Saya akan makannya sampai puas," katanya.

Kemudian, Nicolette menuju ke gerai lain dan kali ini dia membeli satu bekas ulat sutera untuk dimakan bersama belalang goreng tadi.

"Mengapa pantri pejabat saya tidak mempunyai makanan ringan seperti ini," katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, selepas pulang ke rumah, Nicolette mengalami cirit-birit dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke hospital di Bangkok untuk menerima rawatan lanjut.

Video TikToker itu yang mengisahkan pengalaman pahit semasa di Bangkok telah mendapat 290,000 tontonan selain mendapat pelbagai komen daripada netizen yang prihatin dengan kisahnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: