Dua penagih diberkas seludup gula, minyak masak peket

Dua penagih diberkas ketika cuba menyeludup gula dan minyak masak peket ke negara jiran di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah pada Jumaat.
Dua penagih diberkas ketika cuba menyeludup gula dan minyak masak peket ke negara jiran di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah pada Jumaat.
A
A
A

TANAH MERAH - Dua penagih diberkas ketika cuba menyeludup gula dan minyak masak peket ke negara jiran di Kampung Batu Gajah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah berkata, semasa melakukan rondaan rutin pada jam 9 malam anggota unit kereta peronda (MPV) telah terserempak dengan dua kenderaan dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil kecekapan anggota bertugas, kedua-dua lelaki terbabit berjaya ditahan.

"Pemeriksaan membawa kepada penemuan 510 kilogram (kg) minyak masak dan 720kg gula yang disyaki cuba diseludup ke Thailand bernilai RM5,500," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Ujarnya, kedua-dua individu itu ditangkap bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.

Mohd Haki memberitahu, kesemua rampasan telah diserahkan ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: