Tindakan disiplin, pecat penjawat awam terlibat rasuah

Rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam boleh dibendung dengan pelbagai tindakan antaranya mengenakan tindakan disiplin, turunkan jawatan dan hentikan kerja. Gambar kecil: Badlishah
Rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam boleh dibendung dengan pelbagai tindakan antaranya mengenakan tindakan disiplin, turunkan jawatan dan hentikan kerja. Gambar kecil: Badlishah
A
A
A

SHAH ALAM - Rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam boleh dibendung dengan pelbagai tindakan antaranya mengenakan tindakan disiplin, turunkan jawatan dan hentikan kerja.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan dengan tegas untuk mengikis rasuah yang semakin membarah.

"Selain itu, gaji golongan perkhidmatan itu juga perlu ditingkatkan supaya mereka tidak terdesak untuk mengambil rasuah bagi menampung keperluan asasi kehidupan.

"Bukan itu sahaja, proses mendapat kelulusan pihak berkuasa turut patut dipermudahkan agar mereka tidak terdedah kepada rasuah bagi melicinkan proses kelulusan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujar beliau lagi, bagi menghapuskan rasuah dalam proses perolehan kerajaan, ia juga perlu diteluskan melalui penggubalan Akta Perolehan Kerajaan.

Selasa lalu, seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka atas pertuduhan salah guna kedudukan dan jawatan dengan melantik syarikat adiknya sebagai pembekal bagi sembilan kerja-kerja pembekalan pada 2018.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas Ab Hanif Ab Hamid, 43, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan pada prosiding tersebut.

Artikel Berkaitan: