Perubahan taktikal punca Jepun tewas mengejut

Aksi pemain Jepun dan Iraq ketika perlawanan Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat. FOTO: AFP
Aksi pemain Jepun dan Iraq ketika perlawanan Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu mengakui perubahan taktikal yang dilakukannya menjadi punca pasukan itu tewas mengejut kepada Iraq 1-2 dalam aksi Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat.

Juara Asia empat kali itu bolos pada awal dan akhir separuh masa pertama menerusi jaringan Aymen Hussein untuk menyukarkan perjalanan mereka dalam aksi kumpulan.

Wataru Endo memberi harapan kepada Jepun dengan jaringan pada masa kecederaan pada penghujung permainan tetapi Moriyasu mengakui ia sudah terlambat untuk bangkit.

"Kami tidak dapat mencipta banyak peluang besar dan kami perlu memikirkan semula mengenai perlawanan ini.

"Kami tidak mempunyai kualiti seperti yang saya jangkakan.

"Kami membuat beberapa perubahan untuk permainan ini dan saya perlu berfikir bahawa pilihan saya mempunyai kesan kepada pemain," katanya.

Dalam pada itu, Moriyasu turut mengharapkan penjaga gol muda mereka, Zion Suzuki untuk bangkit daripada memori pahit selepas melepaskan dua gol dalam perlawanan itu.

“Dia bolos dua kali dalam dua perlawanan terakhir tetapi dia masih muda.

Artikel Berkaitan:

"Apabila anda tidak mempunyai banyak pengalaman, anda membuat kesilapan dan itu berlaku sama ada anda seorang penjaga gol atau dalam mana-mana arena," katanya.

Iraq mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir manakala Jepun akan berdepan Indonesia pada Rabu untuk menentukan slot ke pusingan seterusnya.