Dua maut kereta rempuh pam minyak

Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan sebuah kereta yang merempuh pam di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan pagi tadi. - Foto: JBPM Johor
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan sebuah kereta yang merempuh pam di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan pagi tadi. - Foto: JBPM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki terbabas lalu merempuh pam di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.26 pagi.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa berada di bawah kereta jenis Honda City itu dan pihak bomba menggunakan beg pengangkut udara untuk mengangkat kereta terbabit bagi mengeluarkan mangsa.

Anggota bomba melakukan tugas-tugas menyelamat mangsa. - Foto: JBPM Johor
Anggota bomba melakukan tugas-tugas menyelamat mangsa. - Foto: JBPM Johor

"Terdapat tiga mangsa terlibat di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan. Identiti salah seorang mangsa belum dikenal pasti manakala seorang lagi berusia lingkungan 30-an.

"Seorang mangsa iaitu seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang cedera dihantar ke hospital menggunakan EMRS.

"Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: