KK Super Mart buka cawangan ke-800 di Saujana Rawang

Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai (tengah) bersama barisan kakitangan syarikat.
Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai (tengah) bersama barisan kakitangan syarikat.
A
A
A

KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) membuka cawangan baharu yang ke-800 di Saujana Rawang di sini sempena sambutan ulang tahun ke-23 pasar raya berkenaan.

Sempena pembukaan cawangan baharu itu juga, KK Super Mart di Saujana Rawang turut menawarkan acara dan harga promosi menarik kepada pelanggan untuk pelbagai barangan yang terpilih.

KK Super Mart dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan outlet ke-800 itu turut mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam perniagaan berkonsepkan pasar raya mini.

Malah pasar raya beroperasi 24 jam itu juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain, antaranya tambah nilai kad prabayar, fotokopi dan membuat pelbagai bayaran bil seperti elektrik serta air.

"Pencapaian penting itu mencerminkan pencapaian dan komitmen syarikat tidak berbelah bahagi kepada pertumbuhan, inovasi dan perkhidmatan yang tiada tandingan," kata kenyataan itu.

Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai (tengah) memotong kek bersama tetamu yang hadir sempena pembukaan outlet ke-800 KK Supermart.
Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai (tengah) memotong kek bersama tetamu yang hadir sempena pembukaan outlet ke-800 KK Supermart.

Dalam perkembangan berasingan, KK Signature turut dilancarkan di Maju Link, Bandar Tasik Selatan dengan menyediakan kemajuan terkini dalam teknologi runcit termasuk pengawasan CCTV AI.

Selain itu, KK Concept Store juga meluaskan rangkaian kepada golongan pelajar universiti dengan pembukaan KK Signature di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Universiti Monash di Selangor.

Artikel Berkaitan:

Disamping itu, KK Super Mart akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam program Jualan Rahmah sebagai satu tanggungjawab sosial mereka.

"KK Super Mart memulakan 2024 dengan dua program Jualan Rahmah iaitu di kawasan komuniti Program Perumahan Pendapatan Rendah (PPR) Intan Baiduri dan PPR Pekan Kepong.

"Inisiatif ini bukan mencerminkan dedikasi kepada tanggungjawab sosial korporat syarikat sahaja tetapi mengukuhkan idea bahawa perniagaan boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan masyarakat," kata kenyataan.

KK Super Mart kini mempunyai 574 cawangan di Lembah Klang, 27 cawangan di Melaka, 41 cawangan di Negeri Sembilan dan sebanyak 71 cawangan rangkaian pasar raya mini 24 jam itu di Johor.

Selain itu, rangkaian pasar raya itu turut mempunyai 10 cawangan di Pahang, 31 cawangan di Perak, 14 cawangan di Sarawak, 27 cawangan di Nepal dan lima cawangan di India serta terbaharu, KK Super Mart di Saujana Rawang.