Lelaki tunggang motosikal cedera ditimpa pokok

Keadaan motosikal mangsa yang ditimpa pokok.
Keadaan motosikal mangsa yang ditimpa pokok.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki dikejarkan ke hospital setelah ditimpa pokok ketika menunggang motosikal melalui kawasan berhampiran Ladang REM, Jalan Kota Tinggi, di sini, pada Rabu.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Syukri Mohd Yusof dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.56 tengah hari Rabu.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan enam anggota bomba dari BBP Kota Tinggi telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi didapati pokok setinggi 10 meter telah menghempap seorang lelaki.

"Mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an, mengalami kecederaan parah di kaki dan telah dibawa ke hospital oleh ambulans sebelum PKO tiba ke lokasi.

"PKO kemudiannya telah menggunakan satu unit gergasi rantai (chain saw) bagi membersihkan kawasan sekitar sehingga selesai," katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.10 tengah hari, Rabu.

Artikel Berkaitan: