Jordan tekan Harimau Malaya sejak awal

Yazan (kiri) diasak pemain Harimau Malaya, Darren Lok dalam aksi Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Al-Janoub, Al-Wakrah. Foto AFP
Yazan (kiri) diasak pemain Harimau Malaya, Darren Lok dalam aksi Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Al-Janoub, Al-Wakrah. Foto AFP
A
A
A

TONGGAK pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab menyifatkan kejayaan menterjemahkan perancangan taktikal membolehkan The Chivairous Ones mengalahkan Malaysia, 4-0 dalam aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pada Selasa.

Malah, bekas pemain Selangor FC itu mengakui tekanan tinggi diberikan pasukan ranking ke-87 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tersebut menyaksikan tiga gol dihasilkan pada separuh masa pertama ketika berdepan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon.

“Kami tampil gaya permainan tekanan tinggi separuh masa pertama yang berjaya menghasilkan tiga gol.

"Separuh masa kedua kami mengubah taktikal kepada corak bertahan, dan menjaringkan satu gol.

"Kini kami perlu fokus perlawanan seterusnya untuk ke Pusingan 16,” katanya.

Sementara itu, pengendali Jordan, Hussein Ammouta menegaskan, tiga mata diraih dalam perlawanan pertama kempen Piala Asia 2023 adalah penting.

Jelasnya, disiplin dan fokus dalam kalangan pemain Jordan juga membolehkan setiap pemain berperanan menyelesaikan misi pasukan di padang.

“Ya, penting pasukan bermula dengan kemenangan besar, sejak minit pertama, kami masuk ke perlawanan dengan cara betul dan sangat penting menjaringkan gol kedua dan ketiga kemudian mengekalkan rentak.

Artikel Berkaitan:

“Dan tiga gol separuh masa pertama membina keyakinan pasukan yang merupakan satu permulaan hebat untuk kami menantikan perlawanan seterusnya,” katanya.