Alumni, pensyarah FEP UKM bertemu semula selepas 46 tahun


Para ahli Alumni FEP 74-78 UKM bergambar bersama-sama pada Majlis Sembang Nostalgia 2 Alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM di Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Selasa.
Para ahli Alumni FEP 74-78 UKM bergambar bersama-sama pada Majlis Sembang Nostalgia 2 Alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM di Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 65 alumni dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertemu semula selepas 46 tahun tamat pengajian pada Majlis Sembang Nostalgia 2 Alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Wakil Alumni FEP 74-78 UKM, Datuk Idros Mohd berkata, matlamat utama majlis kali kedua diadakan itu adalah untuk merapatkan ukhuwah silaturahim di antara mereka.

"Kami sama-sama belajar kumpulan pertama untuk fakulti ini, lama tidak berjumpa, tiba-tiba dengar yang ini sudah tiada, yang itu pun sudah tak ada, jadi kami fikir sebelum lebih ramai yang 'pergi' serta hilang, baik kami buat.


Hussamuddin (tengah) bersama sahabat alumni dan bekas pensyarah, Syed Othman (tiga daripada kiri).
Hussamuddin (tengah) bersama sahabat alumni dan bekas pensyarah, Syed Othman (tiga daripada kiri).

"Majlis ini tanpa perancangan, suatu hari kami duduk minum bersama dan tercetus untuk buat reunion, selepas itu terus tubuhkan tujuh ahli jawatankuasa dan jadilah seperti hari ini, meriah.

"Kebetulan pula rakan baik saya yang juga alumni, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, menawarkan tempat untuk majlis ini, alhamdulillah, makan pun beliau taja," katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Sementara itu, Hussamuddin berkata, pertemuan tersebut turut mengumpulkan bekas pensyarah universiti berkenaan.

Artikel Berkaitan:


Seramai 65 alumni dan pensyarah UKM bertemu semula selepas 46 tahun tamat pengajian pada Majlis Sembang Nostalgia 2 Alumni FEP UKM di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.
Seramai 65 alumni dan pensyarah UKM bertemu semula selepas 46 tahun tamat pengajian pada Majlis Sembang Nostalgia 2 Alumni FEP UKM di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Beliau amat bersyukur dapat bersua kembali dengan alumni yang hadir terutama bekas pensyarah yang memberikan ilmu dan merakamkan penghargaan buat mereka.

"Alhamdulillah, selepas kami graduan 46 tahun, kami buat keputusan untuk mengadakan majlis ini kebetulan sempena Jubli Emas 50 tahun tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UKM.

"Jadi ini merupakan perjumpaan semula kerana ramai antara kami sejak keluar universiti tidak berjumpa pun, ada yang jumpa tapi tak ramai, dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang banyak membantu ketika di kampus, saya kira ini sebuah kebahagiaan.

"Jadi kita himpunkan dan hari ini (Selasa) juga kami menjemput beberapa bekas pensyarah yang lima daripadanya hadir," kata beliau.


Sebahagian Alumni dan pensyarah yang hadir.
Sebahagian Alumni dan pensyarah yang hadir.

Bekas pensyarah yang hadir ialah bekas Dekan FEP, Profesor Datuk Dr Syed Othman Syed Husin Al-Habshi, Profesor Emiritus Dr Takiah Iskandar, Profesor Puan Sri Jamilah Ariffin, Profesor Emiritus Tan Sri Anwar Ali dan Profesor Emiritus Chamhuri Siwar.

Profesor Puan Sri Jamilah Ariffin
Profesor Puan Sri Jamilah Ariffin

Mengulas lanjut Hussamuddin berkata, ahli alumni sepatutnya sentiasa berjumpa untuk jalinan silaturahim.


Wakil Alumni FEP 74-78 UKM, Datuk Idros Mohd.
Wakil Alumni FEP 74-78 UKM, Datuk Idros Mohd.

"Kira-kira tujuh atau lapan ahli yang sertai perjumpaan pertama dahulu kini telah meninggal dunia jadi sepatutnya kita kena sering berjumpa kerana kita tidak tahu bila masa kita, jadi kita berharap semasa ada peluang ini, kita harus menjalinkan silaturahim," katanya.

Jamilah pula berasa bangga dan bahagia melihat semua anak didik sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

Sementara itu, ahli alumni paling berusia, bekas guru, Md Hashim Md Salleh, 83, berkongsi majlis itu mengingatkan kenangan manis ketika kuliah sepanjang belajar di universiti berkenaan.


Bekas guru, Md Hashim Md Salleh
Bekas guru, Md Hashim Md Salleh

"Banyak kenangan kami bersama-sama, paling saya ingati rakan-rakan saling membantu menulis nama kehadiran ke kuliah jika ada yang terlewat tiba.

"Saya dari Kedah memang ambil peluang untuk sertai majlis ini memandangkan bekas pensyarah kami pun datang, saya juga berasa mungkin ini kali terakhir dapat bersua muka dengan rakan-rakan.

"Namun, jika ada pada masa akan datang, insya-ALLAH jika dipanjangkan usia dan masih sihat, saya akan turut serta," ujarnya.