Kempen SSHLL sediakan pelbagai ganjaran menarik

Yap (tengah) dan May Li (kanan) menunjukkan ganjaran So Looong Long.
Yap (tengah) dan May Li (kanan) menunjukkan ganjaran So Looong Long.
A
A
A

LOTUSS Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) memulakan perayaan tahun baharu kalender lunar dengan kempen Sama-Sama Huat Looong Long (SSHLL) untuk menyambut kedatangan tahun naga berunsur kayu.

Kempen itu akan dilaksanakan bermula 12 Januari hingga 14 Febuari depan memberikan peluang kepada pelanggan menikmati promosi istimewa Tahun Baharu Cina, ganjaran hebat dan pelbagai aktiviti semasa membeli-belah di stor Lotus’s.

Pengarah Komersialnya, Lee May Li, berkata, sepanjang tempoh kempen SSHLL, pelanggan boleh mencuba sampel produk, memenangi hadiah dan juga membeli pelbagai jenis barangan jenama terkenal pada harga promosi di CNY Pavilion Lotus’s.

“Beberapa barangan yang menerima permintaan tinggi di stor dan dalam talian adalah udang harimau XL – XXL, udang galah Kanada yang dimasak sejuk beku dan udang pisang Australia, salmon segar Yee Sang, set hadiah Premium New Moon Abalone dan pelbagai jenis minuman,” katanya dalam satu kenyataan.

Lokasi CNY Pavilion Lotus’s Malaysia di Lembah Klang melibatkan cawangan Lotus’s di Kepong, Ampang, Cheras, Bukit Beruntung, Puncak Alam, IOI City, Puchong, Jenjarom, Parit Raja.

Di sebelah utara pula melibatkan Lotus’s cawangan Penang E-Gate, Ipoh Garden, Penang Sg Dua, Bandar Puteri Jaya, Stargate, Manjung, Bertam Perdana, Bagan Ajam, Seri Iskandar.

Sepanjang tempoh kempen SSHLL, pelanggan boleh mencuba sampel produk, memenangi hadiah dan juga membeli pelbagai jenis barangan jenama terkenal pada harga promosi di CNY Pavilion Lotus’s.
Sepanjang tempoh kempen SSHLL, pelanggan boleh mencuba sampel produk, memenangi hadiah dan juga membeli pelbagai jenis barangan jenama terkenal pada harga promosi di CNY Pavilion Lotus’s.

Di kawasan selatan melibatkan Desa Tebrau, Melaka, Mergong, Bahau manakala di Pantai Timur di Lotus’s Indera Mahkota.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus’s Malaysia, Vivian Yap berkata, ahli My Lotus’s akan dapat menikmati penjimatan sepanjang tahun dengan baucar eksklusif berjumlah lebih RM3.8 juta di atas mata ganjaran yang diperoleh sewaktu membeli-belah di stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan juga medan selera.

“Ahli My Lotus’s juga akan menerima enam kupon produk yang diperibadikan setiap bulan sehingga Disember 2024, manakala pendaftaran ahli My Lotus’s baharu akan menikmati empat kupon diskaun pada bulan pendaftaran yang pertama,” kata Yap.

Beliau berkata, pelanggan boleh bersama-sama keluarga mencuba Augmented Reality (AR) Looong Long Dragon Lotus’s Malaysia di 62 pusat beli-belah Lotus’s dari 11 Januari sehingga 24 Januari depan.

“Pelanggan boleh menggunakan peranti digital, peribadi pengguna untuk mengimbas kod QR yang disediakan dan mengikuti langkah mudah untuk mengesan naga di pelbagai lokasi dalam pusat beli-belah Lotus’s untuk menikmati baucar-baucar diskaun daripada rakan niaga yang terpilih,” tambah Yap.

Aktiviti lain yang disediakan sepanjang kempen SSHLL adalah mengesan Lotus’s Looong Long Truck di empat lokasi (Lotus’s Kepong, Lotus’s Desa Tebrau, Lotus’s Melaka and Lotus’s Penang E-Gate) pada tarikh yang terpilih untuk meraih hadiah bernilai RM38 hingga RM188, secara keseluruhannya bernilai RM30,000.

Aktiviti lain sempena kempen SSHLL Lotus’s Malaysia ialah penampilan God of Prosperity bermula 19 January hingga 4 Februari 2024, pertunjukan fesyen kanak-kanak pada 27 January 2024 dan penampilan Tarian Singa dan Naga.