Sila log masuk terlebih dahulu.

KSU, naib canselor perlu hantar hantar laporan AI Untuk Rakyat - PM

16 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 JANUARI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan naib canselor universiti menghantar laporan mengenai pembelajaran dan penggunaan Program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat.

Tegas beliau, laporan itu perlu dihantar dalam tempoh satu bulan bermula daripada tarikh ia dilancarkan.

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memastikan semua pihak khususnya pelajar dan penjawat awam dapat menyertai program yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap teknologi baharu tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644632/berita/nasional/ksu-naib-canselor-perlu-hantar-hantar-laporan-ai-untuk-rakyat---pm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #AI