KSU, naib canselor perlu hantar hantar laporan AI Untuk Rakyat - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Majlis Peluncuran Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Selasa. Hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (dua dari kiri). Foto: Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Majlis Peluncuran Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Selasa. Hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (dua dari kiri). Foto: Bernama
A
A
A

SERDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan naib canselor universiti menghantar laporan mengenai pembelajaran dan penggunaan Program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat.

Tegas beliau, laporan itu perlu dihantar dalam tempoh satu bulan bermula daripada tarikh ia dilancarkan.

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memastikan semua pihak khususnya pelajar dan penjawat awam dapat menyertai program yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap teknologi baharu tersebut.

"Saya tekankan untuk perkhidmatan awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan jangan tunggu bulan Februari.

“Dalam tempoh beberapa hari mesti ada usaha memperkenalkan AI kepada semua pelajar upaya dapat dibuktikan unjuran agar semua pelajar dan penjawat awam iaitu satu juta dapat (dilakukan) dalam satu tahun.

"(Jadi) semua KSU, ketua pengarah dan naib canselor harus kemukakan laporan mengenai apa yang telah dilakukan untuk melaksanakan usaha pencerahan atau celik AI ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pemahaman dan kesedaran orang ramai mengenai AI itu penting seiring dengan era digitalisasi yang semakin berkembang pesat.

Penerokaan teknologi baharu itu katanya penting sebagai persediaan negara pada masa akan datang.

Terdahulu, Rafizi dalam ucapan beliau menyasarkan penyertaan satu juta dalam program berkenaan untuk tempoh tiga tahun.

Katanya, kerajaan akan melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menarik rakyat di negara ini menyertai AI Untuk Rakyat itu.

AI Untuk Rakyat merupakan program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap teknologi tersebut.

Ia mudah diakses dan menarik untuk rakyat dari pelbagai kumpulan umur, latar belakang, dan lokasi geografi di seluruh Malaysia.