Kenaikan tarif air di Pahang tak benar

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Maklumat tular di laman sosial hari ini berhubung kenaikan tarif air di Pahang sehingga 50 peratus berkuat kuasa kelmarin adalah tidak benar.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat tersebut bukan dikeluarkan pihaknya atau mana-mana pegawai agensi tersebut dan menyifatkan tindakan penyebaran maklumat palsu itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau tidak menolak, ia juga bertujuan untuk menimbulkan keresahan orang ramai di negeri ini.

"Kenaikan tarif air di negeri ini masih dalam kajian dan tertakluk kepada keputusan kerajaan Persekutuan.

"Pihak Paip menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat palsu tersebut," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Saiful Zaini berkata, penyebaran maklumat tidak benar itu perlu dihentikan segera bagi mengelak sebarang kekeliruan dan keresahan orang ramai.

Artikel Berkaitan: