Sila log masuk terlebih dahulu.

Hobi tanam betik, jana pendapatan RM20,000 sebulan

16 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 JANUARI 2024

Bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh tidak pernah menjangkakan tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulangan lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan, lapor wartawan Sinar Harian Hazelen Liana Kamarudin.

Mohamed Omar, 66, berkata, dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 lalu bagi mengisi masa di waktu lapang.

Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644571/edisi/kelantan/hobi-tanam-betik-jana-pendapatan-rm20000-sebulan

#SinarHarian #SinarTerkini #pertanian #perladangan #perniagaan #betik #hobi