UK hantar pesawat Tentera Udara Diraja ke Timur Tengah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LONDON - United Kingdom (UK) telah menghantar pesawat Tentera Udara Diraja ke Timur Tengah berikutan kebimbangan berlakunya perang dunia ketiga selepas serangan udara Amerika Syarikat (AS) mengorbankan Ketua Tentera Iran, Qasem Soleimani awal pagi tadi.

Pesawat Raytheon Sentinel dikesan meninggalkan pangkalannya di Cyprus dan menuju ke Timur Tengah.

Kematian Soleimani yang dilihat sebagai bakal Presiden Iran itu turut mengeruhkan lagi hubungan antara AS dan Teheran.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dalam satu kenyataan dimuat naik di Twitternya berkata, tindakan keganasan antarabangsa AS menyasarkan dan membunuh Jeneral Soleimani yang merupakan pasukan paling berkesan memerangi kumpulan militan Daesh, Al-Nusrah, Al-Qaeda dan lain-lain adalah sangat kurang bijak.

"AS perlu bertanggungjawab untuk semua akibat daripada tindakan mereka," tulisnya.

Susulan kematian komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) itu, Kedutaan AS di Baghdad menggesa rakyatnya untuk segera meninggalkan Iraq.

"Oleh kerana ketegangan yang semakin meningkat di Iraq dan rantau itu, Kedutaan Washington menasihatkan rakyat AS tidak membuat perjalanan Januari 2020 dan segera tinggalkan negara terbabit.

"Rakyat AS perlu berlepas melalui syarikat penerbangan secepat mungkin dan jika gagal berbuat demikian, perlu ke negara lain melalui jalan darat," menurut kedutaan dalam satu kenyataan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Trump didakwa arah pembunuhan komander Iran