JKM cari ibu kandung tinggal anak di rumah sepupu

Nor Farahanim
Nor Farahanim
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor mencari ibu kandung kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di rumah sepupu wanita itu di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang di sini pada Ogos tahun lalu.

Pegawai Pelindung Kanak-kanak, Munira Abd Aziz berkata, wanita itu, Nor Farahanim Razali, 28, telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan hingga sekarang.

Menurutnya, kanak-kanak itu, Nurul Batrisya Abdullah yang kini berusia lapan bulan mulanya dijaga sepupu wanita itu sehingga Disember tahun lalu dan kemudiannya diserahkan kepada JKM.

"Kanak-kanak itu kini ditempatkan dalam jagaan orang yang layak dan sesuai selama tempoh sebulan melalui perintah mahkamah pada 22 Disember tahun lalu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sehubungan itu katanya, JKM memerlukan maklumat berhubung ibu kanak-kanak itu bagi membolehkan urusan penempatan dilakukan dengan sewajarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Bahagian Kanak-Kanak JKM Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891495.

Artikel Berkaitan: