Beregu lelaki China raih juara Terbuka Malaysia 2024

Aksi Wei Keng (kanan) dan Wang Chang (kiri) meraikan kemenangan pada perlawanan regu akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena pada Ahad. Foto Bernama
Aksi Wei Keng (kanan) dan Wang Chang (kiri) meraikan kemenangan pada perlawanan regu akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

BEREGU lelaki China, Liang Wei Keng-Wang Chang membuktikan mereka adalah pasangan terbaik dunia apabila meraih gelaran Terbuka Malaysia 2024 selepas mengecewakan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India hari ini.

Pada perlawanan akhir penuh dramatik di Axiata Arena itu, pilihan utama kejohanan yang tewas set pertama 9-21, bangkit bergaya untuk menang set kedua 21-18 sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

Wei Keng-Wang Chang mempamerkan kekuatan mental yang tinggi apabila menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 5-10 sebelum melengkapkan kemenangan 21-17 untuk muncul juara kejohanan Super 1000.

Bercakap mengenai permainan hari ini, Wang Chang berkata, ia merupakan perlawanan ulangan Seluruh England 2023, menyaksikan mereka yang ketinggalan 10-21, bangkit meraih kemenangan 21-17, 21-19 pada pusingan kedua di Birmingham.

Aksi regu lelaki India, Chirag Shetty (depan) dan S Rankireddy (belakang) ketika menentang pemain China, Liang Wei Keng dan Wang Chang pada perlawanan regu akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena pada Ahad. Foto Bernama

"Kami mengkaji bagaimana lawan kami bangkit selepas ketinggalan dalam perlawanan semalam menentang wakil Korea Selatan. Jika mereka (Satwiksairaj-Shetty) boleh lakukannya, kami pun boleh,” katanya kepada pemberita di sini.

Kejayaan gandingan itu menjadi kejuaraan kedua dicapai China selepas beregu wanita Liu Sheng Shu-Tan Ning muncul juara, menundukkan pilihan kelima yang juga rakan senegara Zhang Shu Xian-Zheng Yu 21-18, 21-18.

Pemenang acara beregu Terbuka Malaysia 2024 membawa pulang wang tunai AS$96,200 dan piala manakala naib juara AS$45,500 berserta piala. - Bernama

Artikel Berkaitan: