KEDA peruntuk RM674,000 wujudkan projek perintis Spike

Jamil Khir (belakang, tengah) bersama wakil Desa KEDA yang menjadi projek perintis Spike di seluruh Kedah.
Jamil Khir (belakang, tengah) bersama wakil Desa KEDA yang menjadi projek perintis Spike di seluruh Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan sebanyak RM674,000 bagi mewujudkan Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Wilayah KEDA (Spike) di 12 lokasi Desa KEDA di Kedah.

Pengerusi KEDA, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, projek perintis tersebut dilakukan dengan tujuan memfokuskan kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih tersusun di Desa KEDA dalam melahirkan desa yang indah, cantik dan bersih.

Menurutnya, agensi tersebut muncul antara agensi lembaga kemajuan wilayah terawal di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang menjayakan projek seumpama itu.

"Ini merupakan projek perintis dengan menekankan pembangunan pusat pengumpulan sisa pepejal, tong roro dan aktiviti latihan dan pendedahan.

Jamil Khir (dua dari kanan) bersalaman dengan pelajar-pelajar Universiti Antarabangsa Al-Bukhari yang menjayakan program baktisiswa di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas.
Jamil Khir (dua dari kanan) bersalaman dengan pelajar-pelajar Universiti Antarabangsa Al-Bukhari yang menjayakan program baktisiswa di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas.

"Seramai 5,000 penduduk desa dijangka menerima manfaat hasil projek pembinaan pusat pengumpulan sisa pepejal ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Spike di Dataran Dewan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas, di sini pada Ahad.

Hadir sama adalah Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff; Ketua Eksekutif Korporat Green Resources Sdn Bhd, Muhammad Syafiq Zuki dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Khairul Azmeer Abu Bakar.

Jamil Khir (enam dari kiri) meninjau projek perintis Spike di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas, Alor Setar pada Ahad.
Jamil Khir (enam dari kiri) meninjau projek perintis Spike di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas, Alor Setar pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir kira-kira 300 penduduk Desa KEDA termasuk 108 mahasiswa Universiti Antarabangsa Al-Bukhari daripada 50 buah negara yang menjayakan program bakti siswa di desa tersebut yang turut mengambil input mengenai pengurusan sisa pepejal di wilayah KEDA ini.

Sementara itu, Ismasuhaimi berkata, agensi tersebut berhasrat memperluaskan SPIKE ke 20 hingga 25 kampung-kampung dalam wilayah KEDA pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan projek perintis ini.

"Terima kasih kepada agensi kolaborasi seperti Jabatan Alam Sekitar, SWCorp, E-Idaman dan Green Resources Sendirian Berhad atas perkongsian kepakaran bersama penduduk desa KEDA.

Jamil Khir (tengah) pada majlis peluncuran Spike di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas pada Ahad.
Jamil Khir (tengah) pada majlis peluncuran Spike di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas pada Ahad.

“Saya berharap agar para penduduk memanfaatkan ilmu yang dikongsi dan mengaplikasikan dalam kehidupan masing-masing. Ini adalah salah bentuk keharmonian yang boleh kita bina," ujar beliau.

Seorang penduduk Ramli Che Pa, 70, ketika ditemui berkata, dia menyambut baik projek tersebut selepas 27 tahun penduduk di KEDA tersebut melupuskan sampah secara tradisional.

Menurutnya, sebelum ini sampah di kawasan penempatan tersebut dilonggokkan oleh penduduk di kawasan yang disediakan oleh pengurusan penempatan KEDA.

12 wakil-wakil Desa KEDA yang terlibat dengan projek perintis Spike selepas majlis peluncuran di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas, Alor Setar pada Ahad.
12 wakil-wakil Desa KEDA yang terlibat dengan projek perintis Spike selepas majlis peluncuran di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Mukim Telaga Mas, Alor Setar pada Ahad.

“Apabila sampah sudah banyak, kami akan bakar dan ada yang akan korek tanah untuk tanam, tapi cara ini mencemarkan alam sekitar.

"Selepas ini kira-kira 300 penduduk di sini yang terdiri daripada 50 buah rumah akan lebih mudah untuk uruskan sampah dan kami akan asingkan sampah untuk jayakan projek kitar semula," katanya.

12 lokasi Desa KEDA yang menjadi projek perintis ialah Desa KEDA Teluk Berembang, Langkawi; Desa KEDA Kubang Kenyeng dan Desa KEDA Bukit Kura di Padang Terap; Desa KEDA Hujung Ketun dan Desa KEDA Tanjung Setol di Pendang; Desa KEDA Kota Aur di Sik dan Desa KEDA Kemangi di Baling.

Turut terlibat adalah Desa KEDA Nagalilit di Kulim; Desa KEDA Sungai Udang di Yan; Desa KEDA Seberang Paya Kerchut di Kota Setar; Desa KEDA Pochan di Kubang Pasu dan Desa KEDA Sungai Buloh di Bandar Baharu.