Pemandu cedera kereta terbabas langgar paip air

Pemandu kereta yang cedera dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.
Pemandu kereta yang cedera dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar paip air milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Jalan Pajak Song, di sini pada tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, lelaki berusia 27 tahun yang memandu Perodua Kelisa itu mengalami luka di tangan dan badan akibat kejadian berkenaan.

Menurutnya, lelaki berkenaan yang memandu sendirian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

"Kejadian berlaku pada jam 12.35 tengah hari yang mana sebuah kereta telah terbabas lalu melanggar paip milik PBAPP.

"Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari lampu isyarat Permatang Sireh menghala ke Masjid Pajak Song.

"Ketika sampai di Jalan Pajak Song, pemandu telah gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pagar serta paip air milik PBAPP," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, sehingga kini, lelaki berkenaan belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan dijalankan mengikut Kaedah 10 LN166/1959 Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959," katanya.

Artikel Berkaitan: