Selamatkan Harimau Malaya: FAM sumbang RM99,845 kepada Perhilitan

Hannah (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada FAM kepada Perhilitan. FOTO Facebook Hannah Yeoh
Hannah (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada FAM kepada Perhilitan. FOTO Facebook Hannah Yeoh
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat menyalurkan sumbangan berjumlah RM99,845 kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan sumbangan itu hasil jualan tiket daripada tiga perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang berlangsung pada Oktober dan November tahun lepas, dengan RM1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung itu.

"Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama antara KBS dan FAM itu juga menjadi saksi kepada satu bukti konklusif dengan kedua-dua organisasi turut menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyaksikan penyerahan replika cek daripada FAM kepada Perhilitan untuk tabung berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Perhilitan, Datuk Hasnan Yusop. - Bernama

Artikel Berkaitan: