Al-Quran buku paling banyak dibaca namun tidak difahami

Kitab suci al-Quran ini bukan sahaja digalakkan untuk dibaca dan menghafalnya, malahan setiap Muslim dituntut memahami maksud kalimah serta mentadabbur ayat-ayatnya.
Kitab suci al-Quran ini bukan sahaja digalakkan untuk dibaca dan menghafalnya, malahan setiap Muslim dituntut memahami maksud kalimah serta mentadabbur ayat-ayatnya.
A
A
A

Alangkah syoknya bila kita mengerjakan solat secara bersendirian mahupun berjemaah, kita memahami setiap butir ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca sendiri atau oleh imam.

Kita dapat menghayati setiap satu maksud dan seterusnya memahami pengajaran yang dititipkan Allah SWT melalui ‘ayat-ayat cintaNya’ itu. Pasti solat kita akan jadi lebih khusyuk dan kita menikmati keindahan dalam setiap rakaat dalam ibadah kita itu.

Menurut fakta, al-Quran merupakan buku yang paling banyak dibaca dan dihafal di seluruh dunia sejak ribuan tahun lalu lagi dan isi kandungannya terpelihara sepanjang zaman kerana ia sudah dijanjikan Allah SWT seperti firman Nya dalam Surah al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Namun, biarpun berjuta-juta umat Islam sudah membaca al-Quran namun masih ramai yang tak faham isi kandungannya. Mungkin ada yang hanya faham sebahagian sahaja dan ada juga yang hanya boleh membaca tapi tidak faham makna ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Arab itu.

Oleh itu, kitab suci ini bukan sahaja digalakkan untuk dibaca dan menghafalnya, malahan setiap Muslim dituntut memahami maksud kalimah al-Quran serta mentadabbur ayat-ayatnya.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta mentadabbur, antaranya ialah ayat 29 dari Surah Sad yang bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.”

Artikel Berkaitan:

SHAHUL HAMID
SHAHUL HAMID

Menurut Pengerusi Yayasan Al-Filfilani yang juga Pengetua Mahaaf Tahfiz Darul Tahzib, Shahul Hamid Seeni Mohd, al-Quran bukan sahaja wajib dipelajari, dibaca, dihafal malah umat Islam dituntut untuk memahami serta mendalami maksud setiap ayat dan surah yang terkandung di dalamnya supaya dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan.

“Amat penting untuk umat Islam menghayati pengertian makna al-Quran kerana ia memberi kesan yang besar kepada iman dan kehidupan secara menyeluruh,” katanya.

Bagi memahami makna dan isi kandungan al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab, maka kunci utamanya adalah bagaimana kita dapat menguasai penggunaan bahasa itu.

Pengertian makna al-Quran sekiranya dihayati ketika didengar atau dibaca memang akan memberi kesan yang besar kepada iman dan kehidupan secara keseluruhan.

Stigma biasa dalam kebanyakan umat Islam ialah bila sebut bahasa Arab, ramai yang berkerut dahi, dalam fikiran dan mulut terus terlintas; mesti susah nak belajar bahasa Arab ini sebab ia bukan bahasa yang jadi kebiasaan pada lisan kita. Jadi, timbul persepsi bahawa susah nak baca dan seterusnya memahami bahasa Arab.

Pengertian makna al-Quran sekiranya dihayati ketika didengar atau dibaca memang akan memberi kesan yang besar kepada iman dan kehidupan secara keseluruhan.
Pengertian makna al-Quran sekiranya dihayati ketika didengar atau dibaca memang akan memberi kesan yang besar kepada iman dan kehidupan secara keseluruhan.

Adakala, kita merasakan tiada tujuan yang kukuh untuk kita belajar dan memahami makna al-Quran kerana kita boleh membaca al-Quran sambil melihat terjemahan. Tetapi adakah kita ingat setiap makna perkataan yang kita baca tanpa al-Quran terjemahan?

Oleh itu, bagi memastikan umat Islam mampu memahami kandungan al-Quran tanpa asas bahasa Arab, Think Quran merumuskan dan memperkenalkan satu formula atau kaedah yang membolehkan umat Islam belajar dan faham bahasa Arab al-Quran dengan mudah.

Hanya dalam 15 minit sehari sahaja dan walaupun anda tanpa asas bahasa Arab. Itulah kelebihan yang dijanjikan oleh Think Quran ini.

Think Quran mudahkan anda faham al-Quran

ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari dan memahami bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang asas bahasa Arab.

Baru setahun jagung kerana Think Quran dilancarkan pada bulan Jun tahun lepas, namun sudah lebih 37,000 orang telah melanggan pembelajaran bahasa Al-Quran menggunakan kaedah berkesan ini.

Intipati kepada kaedah mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran fokus kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.

Ini kerana menurut fakta angka, al-Quran terdiri daripada 77,429 perkataan yang kerap berulang dan apabila kita mampu mengingati sekitar 900 perkataan yang paling kerap berulang, maknanya kita sudah boleh faham sehingga 80 peratus isi kandungan kitab suci berkenaan.

Lagipun Think Quran ini memanfaatkan teknologi gajet terkini kerana kaedah pembelajarannya boleh dilakukan melalui skrin dan sentuhan di telefon pintar anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Walaupun kaedah Think Quran diformulakan secara maya namun ia tetap efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.

Malah keberkesanan kaedah Think Quran ini sudah diakui melalui banyak testimoni para penggunanya. Ada yang mengakui dalam tempoh dua minggu saja, mereka sudah dapat menghafal beberapa kalimah a-Quran dan merasai perbezaan perasaan apabila sudah faham ketika membaca kitab suci itu.

No Image Caption

Jom kita faham dan khatam al-Quran sebelum Ramadan

Bulan Ramadan, bulan al-Quran; atas semangat dan iktikad itulah ThinkQuran.com bersama Kumpulan Media Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran yang bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi juga perlu difahami dan dihayati agar jiwa al-Quran meresap serta sebati dalam diri setiap umat Islam di negara ini.

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, ThinkQuran.com menyeru umat Islam menanam iltizam dan berusaha meningkatkan hubungan dengan memahami makna al-Quran yang dikhatam.

“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).

No Image Caption

Sempena pelancaran kempen ini, ThinkQuran.com menawarkan promosi istimewa iaitu percuma satu set al-Quran Amazing perjilid bagi setiap langganan pembelajaran bahasa Arab al- Quran, ThinkQuran.com pada harga RM399 untuk seumur hidup.