[VIDEO] Anwar akan terus guna petikan ayat al-Quran dalam ucapan


BERITA SEMASA 8 JANUARI 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan terus menggunakan ayat al-Quran serta tafsiran dalam ucapannya biarpun sebelum ini menerima kritikan berhubung petikan surah al-Kahfi.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau akan merujuknya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu bagi mengelak ia menjadi bahan kontroversi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643194/berita/nasional/anwar-akan-terus-guna-petikan-ayat-al-quran-dalam-ucapan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX" />
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menggunakan petikan ayat suci al-Quran dan tafsirannya dalam ucapannya.

Ia selepas ucapan beliau pada bulan lalu mengenai tujuh pemuda Ashabul Kahfi menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, bagi mengelakkan kontroversi beliau akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu.

"Tapi dalam kes ini saya nak sebut bukan hendak pertahanan pendirian.

Anwar (kiri) berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri pada Isnin. Foto Bernama
Anwar (kiri) berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri pada Isnin. Foto Bernama

Saya baca ayat al-Quran dan ada yang menggupas seolah-olah Saya tidak baca ayat al-Quran," katanya menerusi ucapan Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.

Beliau bagaimana pun menzahirkan rasa syukur apabila ucapannya mendorong perbahasan di kalangan rakyat.

"Saya anggap ni satu perkembangan positif walaupun serangan itu saya rasa keterlaluan.

Artikel Berkaitan:

"Saya syukur kerana apa yang dilontarkan di perhimpunan ini menimbulkan minat terutama kepada anak muda untuk membaca dan menelaah.

"Penting bulan-bulan lain (untuk) saya baca ayat al-Quran lain dan tafsir supaya mengalakkan ada perbahasan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat agar berpada-pada di dalam menegur dan mengkritik seseorang.

"Jangan sesekali, mencela dan menghina apa lagi menuduh orang itu melaknatkan atau menyesatkan," katanya.

Anwar pada perhimpunan sama bulan lalu memetik berhubung kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti yang terdapat dalam surah al-Kahfi bersama tafsiran dalam ucapannya.

Ia kemudian menjadi tular selepas penceramah bebas mengupas isu berkenaan.