Kadar kupon letak kereta bulanan MPK naik 25 peratus

Norkamawati Kamal
Norkamawati Kamal
A
A
A

KUANTAN - Kadar kupon letak kereta bulanan Majlis Perbandaran Kuantan dinaikkan sebanyak 25 peratus kepada RM75 berbanding RM52.20 sebelum ini.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, kenaikan itu ekoran pemansuhan diskaun 25 peratus selama 14 tahun sejak 2006.

Menurutnya, kadar baharu yang ditetapkan termasuk caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) MPK 2005 yang berkuat kuasa pada 24 November 2005, MPK memperkenalkan sistem kupon pada tahun 2006 dengan harga jualan sebenar RM75," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Norkamawati berkata, Kuantan antara bandar yang mengenakan kadar caj kupon tempat letak kereta kedua terendah selain Alor Setar dan Seberang Perai.

Artikel Berkaitan: