Jangan politikkan projek tebatan banjir - Agong

Al-Sultan Abdullah berkenan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini yang dilawati Seri Paduka Baginda pada Khamis
Al-Sultan Abdullah berkenan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini yang dilawati Seri Paduka Baginda pada Khamis
A
A
A

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar pembinaan projek tebatan banjir yang telah dirancang di negeri Pahang disegerakan.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan agar projek itu tidak dipolitikkan sebaliknya ia perlu dipandang serius dan diselesaikan secepat mungkin.

“Jangan politikkan perkara ini dan seelok-eloknya secara serius dan segera bina tebatan-tebatan banjir di seluruh negeri Pahang,” titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berangkat melawar mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini pada Khamis.

Al-Sultan Abdullah berkenan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini.
Al-Sultan Abdullah berkenan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut bertitah mengingatkan mangsa banjir agar sentiasa menjaga kebersihan ketika berada di PPS bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

Artikel Berkaitan:

“Semasa berada di PPS kena jaga kebersihan. Jangan pula masa banjir kita bersusah di PPS, selepas banjir habis, kita dapat macam-macam penyakit pula.

"Wabak Covid-19 pun masih lagi berada di negara kita. Kita tidak mahu penyakit lain pula. Sebab itu saya ingatkan supaya jaga kebersihan di PPS khususnya keadaan bilik air," titahnya.

Al-Sultan.Abdullah menzahirkan rasa simpati kepada semua mangaa banjir dan berkenan menyampaikan kurnia sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Seri Paduka Baginda juga turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adhwa Haslan, 31 yang ditemui lemas selepas terjatuh parit ketika meredah jalan dinaiki air di Sungai Bebar Utara di sini, baru-baru ini.

Al-Sultan Abdullah menyampaikan kurniaan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini yang dilawati Seri Paduka Baginda pada Khamis
Al-Sultan Abdullah menyampaikan kurniaan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, di sini yang dilawati Seri Paduka Baginda pada Khamis

"Saya ucap takziah kepada kerluarga berkenaan dan simpati dengan mereka kerajaan Persekutuan menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000.

"Kerajaan negeri pula menyumbang RM5,000 dan saya sendiri pun akan beri hulur kurniaan kepada keluarga mangsa," titahnya.

Sempena lawatan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenaan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada penghuni di tiga lagi PPS di sini iaitu PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan PPS Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya.