TPM ucap tahniah kepada Panglima ATM baharu

Ucapan tahniah yang dimuat naik Wan Azizah di Twitter beliau hari ini.
Ucapan tahniah yang dimuat naik Wan Azizah di Twitter beliau hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-21.

“Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus mantap di bawah kepimpinan beliau,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook rasmi hari ini.

Affendi, 57, menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib pada Khamis.

Pelantikan beliau yang berkuat kuasa semalam disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu ATM itu di Wisma Pertahanan.

Affendi sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia sejak 21 Disember 2016. - Bernama

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kiri) kepada Jen Tan Sri Affendi Buang, yang dilantik sebagai Panglima ATM baharu pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu ATM itu di Wisma Pertahanan semalam. - Foto Bernama