RTB Sungai Langat Fasa 1 dijangka siap 2027 - Exco

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat Fasa 1 dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, RTB Sungai Langat Fasa 1 merupakan projek jangka panjang di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) yang melibatkan keluasan kawasan tadahan seluas 1,600 kilometer (km) persegi.

"Antara skop dan komponen projek ini adalah membina ban banjir sepanjang 1.46km di Sungai Langat (Jalan Kajang Dengkil-kolam Bukit Tampoi); struktur inlet kolam Bukit Tampoi dan struktur connecting culvert menyambung dua kolam Bukit Tampoi.

"Selain itu, turut dibina struktur outlet berserta control gate iaitu menyambungkan kolam Bukit Tampoi ke Sungai Langat, serta ban banjir dan tembok banjir di sekeliling kolam,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Katanya, bagi projek RTB Sungai Langat Fasa 2, ia dijangka bermula pada bulan ini dan siap sepenuhnya menjelang 2030.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek RTB untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang di Sepang.

Katanya, projek berkenaan merupakan projek jangka panjang di bawah TBBT, akan dilaksanakan di Sungai Langat Fasa 1 dan Sungai Langat Fasa 2 bagi melindungi kira-kira 120,000 penduduk di kawasan itu daripada impak banjir. - Bernama

Artikel Berkaitan: