Remaja OKU 12 tahun rentung dalam kebakaran

Anggota bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan. Foto TVS
Anggota bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan. Foto TVS
A
A
A

KUCHING - Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan enam lot kedai di Lorong Liu Shan Bang 6C, Kota Sentosa di sini, petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata ,pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 3.30 petang.

Beliau berkata, susulan panggilan itu, jentera dengan kekuatan 40 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Kota Samarahan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa iaitu remaja OKU yang tidak dapat bergerak secara normal telah dijumpai rentung di ruang tamu tingkat atas di satu daripada lot kedai yang terbakar itu.

"Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemadaman kedai tersebut di sini pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: