Cadangan Rosyam Nor perlu dibangkang - PU Syed

Syed Mohd Bakri
Syed Mohd Bakri
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyifatkan cadangan untuk mewujudkan pusat pelacuran untuk warga asing sebagai wajar dibangkang.

Ini kerana menurutnya cadangan itu langsung tidak kena dengan Maqasid Syariah iaitu dalam aspek menjaga keturunan ( Hifz Nasab) kerana mendatang mudarat dan kesan yang sangat teruk.

“Dengan mengadakan pusat pelacuran ianya telah melanggar larangan ALLAH terhadap perbuatan zina itu sendiri bahkan pelacuran itu sendiri sudah terang-terangan melanggar norma insani dan fitrah insan.

“Bukan semua pekerja asing itu adalah kafir, bahkan ramai yang Muslim,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan penerbit dan juga pelakon, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan pusat pelacuran perlu ada bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing di Malaysia.

Beliau yang turut dikenali sebagai PU Syed menegaskan walaupun ianya adalah pendapat peribadi pelakon serba boleh itu, namun pendapat ini amat menyimpang dari Islam dan sepatutnya ditarik kembali.

“Mudarat yang bakal muncul dari pelacuran amatlah banyak sama ada dari sudut kesihatan apatah lagi dari sudut kemasyarakatan dan hubungan rumah tangga.

“Islam mengajar untuk mengekang nafsu dgn cara bernikah, atau berpuasa dan dalam konteks pekerja asing hendaklah para majikan memudahkan proses untuk pekerja asing ini pulang ke kampung halaman untuk menyelesaikan nafkah badan mereka dan jangan diketatkan sehingga bertahun-tahun baru dibenarkan pulang," ujarnya,

Artikel Berkaitan: