Pekerja ladang terjatuh parit ditemukan lemas

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - Pekerja ladang yang didakwa terjatuh ke dalam parit di ladang kelapa sawit di Sungai Bebar Utara, Pekan dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa Muhammad Adhwa Haslan, 31, ditemukan pada jam 10.20 pagi tadi.

"Mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi dia didakwa terjatuh pada kedalaman tiga meter. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan di sini.

Muhammad Adhwa dipercayai terjatuh ke dalam parit pada jam 4.55 petang selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan semasa meredah air sedalam 0.33 meter yang melimpah di jalan utama ladang itu untuk pulang ke rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan: