Pemandu lori maut langgar belakang treler

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Tapah. Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Tapah. Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler bermuatan besi di Kilometer 314.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Selasa.

Nahas sekitar jam 5.40 pagi itu mengakibatkan pemandu lori, Mohd Ridzwan Sulaiman, 44, tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Menurut beliau, siasatan mendapati kenderaan mangsa melanggar bahagian belakang treler.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa yang tersepit dalam lori. Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa yang tersepit dalam lori. Foto ihsan Bomba Perak

"Dalam kemalangan ini mangsa mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tapah untuk dibedah siasat," katanya.

Mohd Naim berkata, pemandu treler berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.