DBKL 'bersihkan' peniaga warga asing di Chow Kit, Jalan Haji Taib

Serbuan membabitkan 131 pegawai dan anggota penguat kuasa
Serbuan membabitkan 131 pegawai dan anggota penguat kuasa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak beri muka apabila terus 'membersihkan' dan membasmi ancaman peniaga warga asing di sekitar ibu negara.

Selepas Jalan Silang dan Masjid India, DBKL menyerbu Jalan Haji Taib dan Chow Kit yang menjadi lokasi tumpuan peniaga serta penjaja warga asing khususnya dari Bangladesh dan Indonesia.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan membabitkan 131 pegawai dan anggota penguat kuasa bermula jam 9 malam dan berakhir pada jam 1 pagi pada Ahad itu tertumpu kepada pemeriksaan aktiviti perniagaan.

Barangan pakaian terpakai dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL
Barangan pakaian terpakai dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL

Operasi turut terarah kepada penjaja ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai membabitkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga asing dari dua negara berkenaan.

Menurut DBKL, lebih 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai dan lain-lain penjualan barangan am dan aksesori yang beroperasi sepanjang Jalan Haji Taib, Chow Kit ini diperiksa.

"Hasilnya, tindakan sita dan pindah barangan dikenakan ke atas 12 pemilik aktiviti atau tapak lot perniagaan yang gagal mempamerkan lesen dan dikendalikan warga asing tanpa kebenaran, membabitkan smebilan peniaga barangan terpakai, dua peniaga makanan dan minuman serta satu penjaja ubat-ubatan seks.

"Tindakan penguatkuasaan operasi khas dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, DBKL mengingatkan semua pemegang lesen perniagaan untuk memastikan beroperasi mengikut syarat tercatat dalam lesen perniagaan seperti masa, lokasi tempat dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa bagi melantik mana-mana pembantu premis atau gerai mengendalikan perniagaan.

Barangan pakaian terpakai dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL
Barangan pakaian terpakai dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL

"Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan dilakukan sekiranya masih terdapat warga tempatan selaku pemilik aktiviti perniagaan yang menggajikan atau membenarkan warga asing beroperasi termasuk pembatalan lesen perniagaan," tambahnya.

Barangan pakaian terpakai dan peralatan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan proses dokumentasi.

Ends