Arteta kelu Arsenal kalah lagi

Mikel Arteta. Foto AFP
Mikel Arteta. Foto AFP
A
A
A

JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta bagai tiada jawapan setelah melihat kekalahan ketiga berturut-turut biarpun The Gunners melakukan 61 percubaan ke gawang lawan.

Awal pagi Isnin mereka tumpas kepada Liverpool 0-2 dalam saingan pusingan ketiga Piala FA di Emirates.

Sebelum ini, The Gunners kecundang 0-2 di laman sendiri kepada West Ham United dan 1-2 kepada Fulham, kedua-duanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Amat mengecewakan tetapi apa yang boleh kita lakukan? Saya tidak boleh memberitahu mereka bermain teruk, tidak cuba meledak gol, sebaliknya menyumbat gol sendiri,” ujar pengendali dari Sepanyol itu.

Peminat boleh menyaksikan Reiss Nelson, Kai Havertz dan Bukayo Saka melepaskan peluang terhidang ketika berdepan Liverpool, selain percubaan kapten, Martin Odegaard dinafikan oleh palang.

Liverpool hadir tanpa pemain utama Virgil van Dijk yang cedera serta Mohamed Salah dan Wataru Endo yang terbabit dengan tugasan antarabangsa.

“Saya tidak pernah melihat pasukan dalam tempoh enam bulan lalu melakukan apa yang sudah kami buat ketika menentang lawan satu ketika dulu.

“Pasukan saya bermain dengan keberanian menentang mungkin pasukan terbaik di Eropah ketika itu tapi sekarang apa yang boleh saya lakukan selain berpegang kepada mereka,” ujar Arteta.

Artikel Berkaitan:

Dalam aksi itu, pemain Arsenal, Jakub Kiwior menanduk masuk sepakan percuma Trent Alexander-Arnold ke gawang sendiri pada minit ke-80 dan Luis Diaz melengkapkan kemenangan Liverpool pada masa kecederaan.