PADU: Selangor, Johor dan Sarawak catat paling ramai mendaftar

Data yang dikeluarkan DOSM pada Isnin.
Data yang dikeluarkan DOSM pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selangor, Johor dan Sarawak menjadi negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU).

Ini menyaksikan jumlah yang telah mendaftar PADU di Selangor (182,943), Johor (85,975) dan Sarawak (72,775).

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi X pada Isnin mengesahkan seramai 798,528 rakyat di negara ini telah mendaftar dengan sistem berkenaan sejak semalam,

Pelaksanaan PADU yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan PADU, bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat.

Selain pemantauan dan penilaian berkesan terhadap pelaksanaan dasar negara, PADU yang merupakan pangkalan data yang berintegrasi dan berpusat mampu menjimatkan sumber secara signifikan.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU, serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Artikel Berkaitan: