Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KOTA KINABALU - Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ke Sabah bermula Ahad sehingga Isnin tiada kaitan dengan isu pergolakan politik seperti yang disiarkan oleh beberapa portal.

Sebaliknya, kehadiran Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Sabah merupakan lawatan kerja rasmi beliau.

Setiausaha Politiknya, Datuk Jamal Nerubi berkata, kehadiran Presiden UMNO itu ke Sabah adalah untuk memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi merasmikan majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian tersebut.

"Kita nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan ini adalah usaha memburukan nama Timbalan Perdana Menteri disamping usaha untuk memecah belahkan kesatuan dalam UMNO Sabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Papar berkata, sebagai Presiden UMNO sudah tentu Ahmad Zahid mengambil peluang bertemu dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Sabah dalam program santai dan ramah mesra tetapi bukannya membincangkan isu politik seperti yang didakwa.

Sehubungan itu, Jamal menegaskan bahawa Sabah komited untuk mengekalkan kestabilan politik bersama Kerajaan Perpaduan demi membangunkan negara bersama.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!