Naib Ketua Wanita PKR dilantik Ahli Lembaga Pengarah PKA

Hantaran Wanita PKR mengenai pelantikan Sangetha sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKA di Facebook rasmi mereka pada Ahad.
Hantaran Wanita PKR mengenai pelantikan Sangetha sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKA di Facebook rasmi mereka pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sangetha Jayakumar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek melalui satu poster yang dimuat naik di Facebook Wanita PKR pada Ahad.

Menerusi poster berkenaan, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan merakamkan ucapan tahniah kepada Sangetha atas pelantikan berkenaan.

"Tahniah. Satu lagi penghargaan kepada Wanita PKR. Selamat bertugas dengan cemerlang," kata Wanita PKR dalam hantaran yang disertakan dengan poster tersebut.

Namun, tidak dikongsikan bilakah pelantikan itu berkuat kuasa dan untuk tempoh berapa lama.

PKA merupakan sebuah perbadanan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963, untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Kelang daripada Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.

Penubuhan itu sebagai sebahagian daripada dasar untuk menerapkan pengurusan dan disiplin sektor swasta dalam pelbagai usaha yang dikawal oleh kerajaan di negara ini.

Pelantikan berkenaan bagaimanapun turut menerima kritikan daripada segelintir pihak kerana dilihat sebagai 'pelantikan politik’ dalam badan yang dikendalikan kerajaan.

Artikel Berkaitan: