Nazmi, Zairul, Arif digesa manfaatkan pentas Qatar 2023

PENGADIL kebangsaan, Muhammad Nazmi Nasaruddin serta dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid digesa menampilkan prestasi terbaik di Piala Asia 2023 di Qatar.
Itu harapan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi memastikan ketiga-tiga wakil negara di temasya bola sepak terbesar Asia berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dilantik bertugas pada Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
“Sudah tentu harapan peminat dan penyokong mahu melihat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon tampil cemerlang di Piala Asia 2023 di Qatar ini. Tapi mereka juga mahu melihat set pengadil dari Malaysia - Nazmi, Zairul dan Arif terpilih ke Piala Dunia 2026.
“Jadikan pentas Piala Asia 2023 ini sebagai medan terbaik untuk anda bertiga terpilih dalam kalangan 10 set pengadil dari Asia layak ke Piala Dunia 2026 yang mana peluang untuk mencipta sejarah pengadil Malaysia mengadili perlawanan Piala Dunia lebih cerah kerana penyertaan 48 pasukan buat kali pertama.
“Saya pasti anda bertiga sudah membuat persiapan secukupnya dan kekal fokus di sepanjang Piala Asia 2023 ini. Perlu bekerja keras dan mengadili perlawanan sebaik mungkin. Kami mendoakan supaya set pengadil dari Malaysia ini terpilih ke Piala Dunia 2026,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ketiga-tiga individu tersebut di Doha, Qatar, pada Sabtu.
Selain Nazmi, Zairul dan Arif, turut bertugas pada Piala Asia Qatar 2023 ialah Pengurus Pembangunan Pengadil & Pengadil Profesional FAM, C Ravichandran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Antonelli memastikan gelaran sulungnya menerusi penamat tempat ketiga di GP Mexico City. Foto AgensiAntonelli juara dunia termuda F1
02 November 2026 09:16amIraola hairan pengadil tutup mata insiden kekasaran pemain Arsenal
02 November 2026 07:20amArsenal tamatkan badi 14 tahun di Anfield
02 November 2026 07:10amYamashita lakar sejarah, remaja Thailand cipta sensasi
02 November 2026 07:03am'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
