Piala FA: Newcastle mudah atasi Sunderland

Isak (kanan) meledak dua gol ketika membantu Newcastle menyingkirkan Sunderland dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA pada Ahad. Foto Agensi
Isak (kanan) meledak dua gol ketika membantu Newcastle menyingkirkan Sunderland dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA pada Ahad. Foto Agensi
A
A
A

NEWCASTLE United tidak berdepan masalah menyingkap kempen Piala FA apabila mudah menyingkirkan cabaran kelab dari timur laut Sunderland, 3-0 dalam perlawanan pusingan ketiga pada Ahad.

Pada perlawanan di Stadium of Light itu dua gol Alexander Isak minit ke-46 dan minit ke-90 melebarkan jaringan pasukan pelawat yang sebelum itu memimpin perlawanan menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Sunderland, Daniel Ballard dalam minit ke-35.

Sunderland yang beraksi di Liga Kejuaraan tampil garang dengan misi memanfaatkan prestasi tidak menentu skuad kendalian Eddie Howe yang tewas lima dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana.

Begitupun The Magpies memanfaatkan sepenuh pentas permulaan trofi domestik itu dengan menafikan hasrat skuad kendalian Michael Beale tersebut.

Dalam pada itu, Howe menggesa pemain-pemain The Magpies untuk menggunakan kemenangan derbi Piala FA ke atas The Black Cats sebagai batu loncatan untuk separuh kedua musim ini.

“Mudah-mudahan ini merupakan kemenangan permulaan bagi separuh musim kedua yang harus dilihat semua di kelab ini.

“Sememangnya apabila anda tidak menang untuk satu tempoh masa yang panjang, keyakinan boleh terjejas dan itulah yang berlaku kepada pemain-pemain sebelum ini.

“Keputusan hari ini akan mengembalikan semula keyakinan mereka. Kami bukan sahaja memenangi perlawanan, tetapi kami telah beraksi dengan baik dan menjaringkan gol, ia adalah hari yang sangat baik buat kami,” katanya.

Artikel Berkaitan: