'Ada barang kawalan, subsidi dilihat di negara jiran' - Armizan

Armizan mengisi petrol sebuah motosikal ketika lawatan kerjanya dalam Program Community Drumming di Tenom.
Armizan mengisi petrol sebuah motosikal ketika lawatan kerjanya dalam Program Community Drumming di Tenom.
A
A
A

TENOM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan memang terdapat barangan kawalan dan bersubsidi diseludup dan berada di negara jiran.

Menurutnya, dapatan itu adalah berdasarkan aduan yang diterima KPDN dan beliau menegaskan bahawa perlu adanya mekanisme untuk membanteras aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi dan kawalan negara.

Armizan mengisi petrol sebuah motosikal ketika lawatan kerjanya dalam Program Community Drumming di Tenom.
Armizan mengisi petrol sebuah motosikal ketika lawatan kerjanya dalam Program Community Drumming di Tenom.

"Kita membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa melihat kepada program-program yang ada. Memang ada aduan dan memang ada pun barang dilihat di negara seberang, jadi kita buat mekanisme kawalan itu berasaskan kepada program-program yang dilaksanakan.

"Saya juga akan melihat dari aspek akta-akta yang terkait di bawah KPDN dan urusan pemantauannya di peringkat sempadan.

"Jadi itu juga menjadi antara fokus kita di KPDN untuk melihat bagaimana penguatkuasaan penggunaan akta-akta di bawah kita di sempadan untuk mengekang penyeludupan sebab penyeludupan ini membabitkan pelbagai agensi juga," katanya selepas menyempurnakan Program Community Drumming di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mekanisme untuk membanteras aktiviti penyeludupan LPG ke negara jiran.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rundingan bersama dengan agensi lain juga diperlukan sebagai usaha untuk mengekang isu penyeludupan dan penyelewengan barangan bersubsidi tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kalau di perairan contohnya, bukan di bawah KPDN tetapi ada pihak Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan sebagainya.

"Namun di peringkat KPDN, saya akan turun ke Perlis nanti hujung bulan ini untuk membuat penambahbaikan serta-merta dan ada perkara perlu kita rundingkan dengan agensi-agensi lain untuk memastikan kita dapat mengekang isu penyeludupan dan penyelewengan," katanya.