RM225 juta untuk program penyeragaman harga barang di pedalaman

Armizan menunjukkan senarai tujuh barangan terlibat dalam Program Pengedaran Barang Perlu, gas petroleum cecair dan Community Drumming dari PoS to PoS membabitkan enam negeri termasuk di Sabah.
Armizan menunjukkan senarai tujuh barangan terlibat dalam Program Pengedaran Barang Perlu, gas petroleum cecair dan Community Drumming dari PoS to PoS membabitkan enam negeri termasuk di Sabah.
A
A
A

TENOM - Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM225 juta pada tahun ini untuk pelaksanaan Program Pengedaran Barang Perlu, gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming dari pusat bekalan ke pusat jualan (PoS to PoS) untuk tujuan penyeragaman harga di kawasan pedalaman.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peruntukan itu melibatkan pelaksanaan di enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terangganu, Pahang dan Kedah.

"Program ini melibatkan pemberian subsidi kerajaan melalui pelantikan syarikat-syarikat transporter yang memberikan perkhidmatan mengangkut barang-barang perlu dan kawalan yang terpilih daripada pusat atau sumber bekalan (point of source) kepada pusat penjualan (point of sale) di kawasan pedalaman dan pulau.

"Objektif program ini adalah untuk memastikan penduduk di kawasan pedalaman terpilih mempunyai akses kepada sejumlah barangan perlu khususnya barangan kawalan pada harga yang sama yang dinikmati oleh penduduk di

kawasan lain," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di sekitar Tenom pada Ahad.

Menurut Ahli Parlimen Papar itu lagi, program itu dapat membantu mewujudkan kestabilan bekalan barang perlu dan kawalan di kawasan pedalaman.

"Melalui program ini, kos pengangkutan barangan ke kawasan pedalaman terpilih dibiayai oleh kerajaan.

"Tujuh jenis barangan yang terlibat dalam program ini ialah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak, LPG (tong gas memasak), petrol RON95 dan diesel," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, bagi di Sabah terdapat sebanyak 654 pusat jualan atau PoS telah dikenal pasti bagi pelaksanaannya pada tahun ini dengan anggaran peruntukan sebanyak RM79.7 juta.