United mahu bermula garang dalam saingan Piala FA

Eriksen - Foto: Agensi
Eriksen - Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Christian Eriksen menggesa pasukannya untuk mara sejauh yang boleh dalam saingan Piala FA ketika mereka memulakan kempen menentang Wigan.

Pasukan kendalian Erik ten Hag akan bertandang ke Stadium DW pada Selasa untuk menentang Wigan yang menewaskan York 1-0 untuk mara ke pusingan ketiga.

United sebelum ini memenangi pertandingan itu sebanyak 12 kali dalam sejarah mereka dan ketika mereka bersiap sedia untuk perlawanan pertama tahun baharu, Eriksen berharap pasukan itu boleh memulakan 2024 dengan kemenangan.

“Saya dengar beberapa hari lalu ia adalah kejohanan tertua di dunia dan seperti yang saya katakan, saya sudah lama berada di England dan Piala FA sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa kepada peminat dan pemain bagi setiap kelab.

"Ia pastinya permulaan tahun yang baik, saya fikir kami akan menghadapinya dengan serius. Akan ada kurang perlawanan pada tahun baharu (selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara), jadi kami boleh menumpukan kepada perlawanan liga dan Piala FA," katanya.

Eriksen kembali ke kesebelasan utama United ketika menentang Aston Villa baru-baru ini selepas diketepikan kerana kecederaan.

Pemain antarabangsa Denmark itu tidak dapat diturunkan kerana kecederaan lutut semasa kemenangan 1-0 Red Devils menentang Luton pada November, tetapi dia telah berjaya memulakan dua perlawanan terakhir mereka.

Artikel Berkaitan: