16 gerai penjaja di Lorong Bukit Dumbar musnah terbakar

Sebanyak 16 buah gerai musnah dalam kebakaran di tapak penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, George Town pada awal pagi Jumaat.
Sebanyak 16 buah gerai musnah dalam kebakaran di tapak penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong, George Town pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 16 buah gerai makanan di tapak penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Rosli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, lokasi terbabit melibatkan tapak penjaja makanan kelas C anggaran keluasan 100x80 kaki persegi.

"Ketika tiba di lokasi, api sedang marak di tapak penjaja berkenaan.

"Kita telah melakukan kerja pemadaman yang turut dibantu anggota daripada BBP Jalan Perak, BBP Paya Terubong dan Lebuh Pantai.

"Kemusnahan dianggarkan 80 peratus melibatkan 16 buah gerai, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kata beliau, sebuah kereta jenis Proton Preve yang diparkir berhampiran tapak penjaja itu turut terbakar tiga peratus.

"Api berjaya dikawal pada jam 6.15 pagi dan padam sepenuhnya pada 6.49 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: