Shila Amzah, Ubai bakal sambut orang baharu

Shila dan Ubai. Gambar kecil: Antara rakaman video yang dikongsikan menerusi Instagram Ubai. Antara rakaman video yang dikongsikan menerusi Instagram Ubai.
Shila dan Ubai. Gambar kecil: Antara rakaman video yang dikongsikan menerusi Instagram Ubai. Antara rakaman video yang dikongsikan menerusi Instagram Ubai.
A
A
A

PEMPENGARUH media sosial yang juga suami penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ, 25, berkongsi khabar gembira mengenai isterinya yang kini berbadan dua.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan desas-desus dan pertanyaan peminat bahawa penyanyi berusia 33 tahun tersebut sedang berbadan dua.

"2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua.

"Selesai cerita kami di tahun 2023. Tahun 2024 ini kami buka dengan satu perkhabaran," kongsi Ubai dalam sebuah video pendek.

Dalam hantaran sama, Ubai dan Shila turut berkongsi reaksi keluarga dan mereka sendiri sebaik Shila disahkan hamil.

Shila dan Ubai bergelar suami isteri pada 5 Ogos tahun lalu.
Shila dan Ubai bergelar suami isteri pada 5 Ogos tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah turut menjelaskan mengapa mereka baru memaklumkan berita gembira itu sekarang.

"Ada sebab kami baru bagitahu sekarang, untuk pastikan kandungan smooth (kuat).

Artikel Berkaitan:

"Semoga kandungan Sha kuat dan dipermudahkan segala-galanya," ujar Shila.

Sejak beberapa hari, beberapa pengikut akaun TikTok Shila mula mengagak pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan itu hamil lantaran perutnya yang kelihatan seperti sedang hamil.

Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018 dan bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais, empat tahun.