Pemandu maut, lori terjunam dalam parit

Pemandu maut selepas lori dipandunya terbabas dan terjunam dalam parit di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru Tambahan, dekat sini pada Rabu.
Pemandu maut selepas lori dipandunya terbabas dan terjunam dalam parit di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru Tambahan, dekat sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki maut selepas lori dipandu terbabas sebelum terjunam dalam parit di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru Tambahan, dekat sini kira-kira jam 12.20 tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati, lori yang dipandu lelaki tempatan berumur 29 tahun itu dari arah Shah Alam dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit berhampiran lokasi kejadian.

"Lori itu kemudiannya terbabas sebelum terjunam dalam parit di bahu kiri jalan.

"Mangsa cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, orang ramai atau mana-mana saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pihak polis atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: