Piala Asia disiarkan di RTM - Fahmi

Fahmi
Fahmi
A
A
A

PUTRAJAYA - Perlawanan bola sepak Piala Asia yang berlangsung Januari ini akn disiarkan menerusi saluran RTM.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Menurutnya, bukan hanya membabitkan Pasukan Harimau Malaya malah peminat sukan itu boleh menonton kesemua perlawanan.

"Ada pihak yang bertanya adakah ia akan disiarkan di RTM. Jawapannya iya dan akan disiarkan bermula 12 Januari ini.

"Saya sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib dan Insya-ALLAH ia akan disiarkan," katanya.

Piala Asia AFC 2023 menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah.

Harimau Malaya akan beraksi di dalam Kumpulan E bermula dengan pertemuan dengan Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin depan.

Ia disusuli dengan pertemuan melawan Bahrain pada Sabtu di Stadium Jassim Bin Hamad manakala pertembungan menentang Republik Korea pada 25 Januari di Stadium Al Janoub.

Artikel Berkaitan: